Redmi 7A Dilancarkan Untuk Malaysia Dengan Harga Dari RM399

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi peranti dalam siri Redmi iaitu Redmi 7A, pengganti kepada model terdahulu, Redmi 6A.



Ia didagangkan pada harga bermula dari RM399 (2GB+16GB) dan RM439 (2GB+32GB), berbeza mengikut variasi sistem memori. Redmi 7A merupakan sebuah peranti kelas permulaan yang dilengkapi dengan skrin paparan HD+, kamera belakang 12MP serta rakaman hadapan digalas oleh lensa 5MP yang turut mempunyai keupayaan pengecaman wajah berasaskan AI.



Memberikan keselesaan yang lebih kepada pengguna, ia disertakan dengan slot khusus untuk MikroSD, bicu audio serta ketahanan percikan air.



Disediakan dengan dua pilihan warna Matte Blue serta Matte Black, Redmi 7A kini boleh dibeli dari Mi Store bermula hari ini. Untuk pembelian secara dalam talian pula, ia akan bermula pada 22 Julai 2019 (Shopee) dan 26 Julai 2019 (Lazada).