Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Communications towers

Syarikat Telco Malaysia Bekerjasama Menaik Taraf HSE

Diterbitkan September 20, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Syarikat Telco Malaysia Bekerjasama Menaik Taraf HSE

Syarikat telekomunikasi Malaysia nampaknya akan bergandingan antara satu sama lain dengan mewujudkan budaya kerja yang selamat. Kolaborasi ini melibatkan Celcom, Digi, Maxis, U-Mobile dan juga syarikat infrastruktur telekom, Edotco.

Syarikat-syarikat gergasi tersebut telah bersetuju untuk menyediakan keperluan minimum berhubung tentang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE). Hal ini melibatkan semua kontraktor utama dan juga subkontrator yang menyelenggara infrastruktur rangkaian di setiap kawasan kepunyaan syarikat telco.

Perjanjian ini telah mula dilaksanakan pada 1 September yang lepas, dan semua kontraktor yang terlibat harus mengikut garis panduan baharu yang disediakan. Tindakan akan diambil kepada kontraktor yang gagal mengikut panduan itu.

Pendekatan yang lebih sistematik terhadap keselamatan yang mengurangkan risiko insiden merupakan sebab utama kolaborasi ini dilaksanakan. Selain itu, bengkel serta latihan akan disediakan kepada kontraktor.

Sumber: Computer World Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY