Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sharp Lancar Z2 Dan M1 Untuk Pasaran Malaysia

Sharp Lancar Z2 Dan M1 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan November 1, 2016 · Dikemas kini November 2, 2016 oleh Helmi Samsuri

Jika dilihat, pasaran telefon pintar negara kini dibanjiri dengan pelbagai jenama dari syarikat yang baru bertapak sehinggalah ke syarikat pengeluar gergasi dunia. Yang terbaru, SHARP sebuah syarikat ternama dari negara matahari terbit telah bekerjasama dengan Commtiva Technology untuk menghasilkan telefon bagi pasaran Asia Tenggara buat pertama kalinya.

Telefon yang dikenali sebagai Z2 itu tidak kurang hebatnya. Sebuah telefon 10 teras 2.3GHz dengan cip pemproses MediaTek Helio X20. Telefon ini boleh diletakkan sama taraf dengan model seperti HTC One A9, Meizu MX6 dan LeEco Le2. Sebuah peranti yang sesuai untuk kegunaan kerja ataupun permainan.

%e5%ad%97-1024x592

Berukuran 5.5 inci untuk skrin paparan, ia hadir dengan 4GB RAM dan menyokong fungsi dwi SIM. Dikuasakan dengan bateri 3,000 mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas. Ia mampu dicas sehinggga 50% hanya dalam 30 minit. Model ini tampil dengan kamera 16MP AF PDAF yang mengambil gambar dengan pantas dan jelas. Didatangkan dengan dua pilihan warna; Emas dan Perak. Peranti ini bakal dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM 1,199 yang mana menjadikan ia sebuah telefon pintar midrange yang berbaloi dibeli.

m1-1024x579

 

Sebuah lagi telefon yang turut sama dilancarkan adalah SHARP M1. Dibina dengan skrin paparan FHD LTPD berukuran 5.5 inci. Ia menggunakan cip pemproses 8 teras MediaTek MT6753 disamping 3GB RAM dan storan dalaman 64GB. Apa yang menarik bagi model ini ialah ia menggunakan sensor 13 megapixel pada kamera bahagian depan dan belakang.

201611010822194141

Berketebalan 7.6mm dan seberat 151 gram ia tampil dengan bateri 2,600 mAh. Tidak dilupakan juga M1 turut menyokong penggunaan dwi SIM termasuk slot kad mikroSD sehingga 64GB. SHARP M1 akan dijual pada harga RM899 dan setiap pembelian model M1 dan Z2 akan disertakan waranti selama 12 bulan. Telefon ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan November ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY