Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 14C Dilancar Dengan Cip MediaTek Helio G81 Ultra

Redmi 14C Dilancar Dengan Cip MediaTek Helio G81 Ultra

Diterbitkan September 2, 2024 · Dikemas kini September 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi baru saja melancarkan Redmi 14C, telefon pintar terbaru dalam siri Redmi C yang menawarkan spesifikasi menarik pada harga mampu milik. Telefon ini adalah yang pertama dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra, versi baharu dari siri G80 yang mampu menyokong paparan 120Hz.

Redmi 14C Dilancar Dengan Cip MediaTek Helio G81 Ultra

MediaTek Helio G81 Ultra hadir dengan CPU Octa-Core (2 x ARM Cortex-A75 pada 2.0 GHz dan 6 x ARM Cortex-A55 pada 2.0 GHz) serta GPU Mali G52.

Selain itu, Redmi 14C dilengkapi paparan 6.88 inci IPS LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Redmi juga membekalkan kamera utama 50MP serta kamera tambahan yang tidak didedahkan secara terperinci. Manakala kamera depan pula 13MP.

Redmi 14C Dilancar Dengan Cip MediaTek Helio G81 Ultra

Di bahagian bateri, ia menawarkan kapasiti sebesar 5,160mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Bukan itu sahaja, Redmi juga menawarkan pelbagai varian pilihan RAM  seperti 4GB, 6GB, atau 8GB dengan storan dalaman 128GB atau 256GB, serta sokongan slot microSD untuk pengembangan storan.

Terdapat  juga ciri tambahan baharu seperti pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, bicu fon kepala 3.5mm, dan port USB-C.

Terdapat pelbagai pilihan warna ditawarkan seperti Midnight Black, Sage Green, Dreamy Purple, dan Starry Blue.

Redmi 14C sudah mula dijual di Czechia dengan harga bermula dari CZK 2,999 (RM573.15) untuk versi RAM 4GB dan storan 128GB, manakala versi RAM 8GB dan storan 256GB berharga CZK 3,699 (RM706.93). Telefon pintar ini dijangka akan dilancarkan di pasaran lain dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Hyundai Rancang Lancar 21 Model EV Menjelang 2030
  • Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia
  • Data Bank Rakyat Mungkin Bocor
  • HUAWEI MateBook D 14 2024 Akan Tiba Di Malaysia, Dipacu Intel Core Gen-13
  • Telefon Android Atasi iPhone, Kuasai Lebih Separuh Pasaran Asia Pasifik - Kajian

Sumber : Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY