Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hyundai Rancang Lancar 21 Model EV Menjelang 2030

Hyundai Rancang Lancar 21 Model EV Menjelang 2030

Diterbitkan Ogos 31, 2024 oleh Rushsyafizal

Hyundai’s N Vision 74, sebuah kereta konsep elektrik yang menarik perhatian sejak diperlihatkan dua tahun lalu, kini dalam perancangan untuk dihasilkan.

Kereta coupe ini merupakan visi Hyundai mengenai “elektrifikasi berprestasi tinggi,” dan kelihatan semakin hampir untuk menjadi realiti, setelah disebut dalam rancangan Hyundai untuk melancarkan 21 model kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Screenshot 2024-08-30 174458

Dalam pembentangan CEO Investor Day 2024, N Vision 74 disebut bersama-sama dengan model konsep lain seperti Genesis Magma.

N Vision 74 diilhamkan daripada konsep  Pony Coupe 1974 Hyundai, yang direka oleh pereka yang sama dengan DMC DeLorean, dan juga terinspirasi daripada super car maya, N 2025 Vision Gran Turismo dari tahun 2015.

Walaupun konsep asal N Vision 74 termasuk sistem sel bahan api hidrogen hibrid, ia masih belum dipastikan akan mengekalkan spesifikasi konsep tersebut.

Selain itu, Hyundai juga membincangkan rancangan untuk kenderaan elektrik jarak jauh (EREVs) yang menggunakan enjin gas bagi pengecasan bateri ataupun pelbagai pilihan rangkaian kuasa, termasuk enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid, hibrid plug-in, EV, dan kenderaan sel bahan api hidrogen.

Kereta ini merupakan sebahagian daripada strategi elektrifikasi Hyundai  dalam pasaran EV mampu milik, model mewah dari Genesis, dan kenderaan berprestasi tinggi, dengan matlamat menjadikan jenama ini sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik menjelang akhir dekad ini.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Rekaan PlayStation 5 Pro Ada Jalur Baharu, Tebal Dari 'Slim'
  • Lelaki Nigeria Pecah Rekod 'Maraton Baca Dengan Lantang Paling Lama' Di Dunia Lebih 200 Jam
  • Syarikat AI India Akan Labur ~RM4.3 Bilion Untuk Bangunkan Taman AI Dan Studio Filem AI Pertama Di Malaysia
  • Apple Dan Nvidia Dilapor Mahu Melabur Untuk OpenAI

Sumber : The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY