Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakar Kata Pesawat MH370 Mungkin Boleh Dijumpai Dengan Teknologi Terkini

Pakar Kata Pesawat MH370 Mungkin Boleh Dijumpai Dengan Teknologi Terkini

Diterbitkan Disember 28, 2023 oleh Amal Addin

Pakar-pakar menekankan perlunya menjalankan pencarian baharu untuk pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang hampir sepuluh tahun yang lalu berdasarkan maklumat terkini yang telah didedahkan mengenai pesawat tersebut.

Semasa berucap di Royal Aeronautical Society pada bulan September, pakar aeroangkasa, Jean-Luc Marchand dan juruterbang, Patrick Blelly menekankan pentingnya bagi pihak berkuasa keselamatan pengangkutan Australia, kerajaan Malaysia, dan syarikat penerokaan marin Ocean Infinity untuk memulakan semula usaha pencarian.

Pada tahun sebelumnya, Ocean Infinity menyatakan keinginannya untuk kembali memulakan operasi pencarian selepas melakukan peninjauan di kawasan luas Lautan Hindi.

Marchand dan Blelly mencadangkan pencarian “pantas” yang mungkin menjadi peluang yang sangat baik untuk menguji teknologi terkini syarikat tersebut iaitu teknologi pencarian bawah air tanpa pemandu. Marchand menyatakan bahawa kawasan pencarian yang baharu dicadangkan boleh dijelajahi dalam tempoh hanya 10 hari.

Pakar Kata Pesawat MH370 Mungkin Boleh Dijumpai Dengan Teknologi Terkini

 

Tambahan lagi, memetik pernyataan Marchand dan Blelly yang menyebut bahawa kawasan pencarian baharu didasarkan pada hipotesis bahawa pesawat tersebut “telah diserang dan sengaja ditenggelamkan di laut dalam”.

Marchand dan Blelly turut menambah bahawa perubahan arah yang tiba-tiba berlaku ketika pesawat berada di ‘no man’s island’ yang merangkumi ruang udara Thailand, Indonesia, India, dan Malaysia. Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, turut menyatakan bahawa beliau tidak akan dengan mudah mengakhiri kes kisah MH370.

Sumber: Free Malaysia Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pencarian Penerbangan MH370 Mungkin Akan Disambung Kembali
  • MCMC Giat Pulihkan Rangkaian Telekomunikasi Di 4 Negeri Terjejas Banjir
  • realme C67 Bakal Hadir Ke Malaysia Minggu Depan
  • Mulai 2 Januari, Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Boleh Daftar PADU
  • Salah Satu Robot Di Kilang Tesla Dilaporkan Serang Juruteranya

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY