Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (13)

Google Uji Ciri Ringkasan ‘Message’ Untuk Android Auto

Diterbitkan Disember 28, 2023 oleh Muhd Idham

Bagi rakyat Malaysia yang sering menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama harian mereka terutama sekali pemandu Grab ataupun penghantar bungkusan pasti akan mengalami masalah untuk membaca pesanan teks yang masuk ketika memandu.

Walau bagaimanapun, masalah itu mungkin dapat diatasi oleh Google dengan pembaharuan baharu terhadap Android Auto.

Untuk pengetahuan anda, Google baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan satu ciri baharu dengan penggunaan Google Assistant yang akan diterap masuk ke dalam Android Auto bagi meringkaskan pesanan-pesanan yang terlampau banyak diberi secara serentak.

Screenshot 2023-12-28 145109
Tetapan dalam telefon pintar.
Screenshot 2023-12-28 145210
Tetapan dalam Android Auto.

Berdasarkan gambar di atas, Google telah membuat paparan prototaip untuk tetapan togol on/off bagi ciri ringkasan pesanan yang akan diaplikasikan dalam Android Auto.

Screenshot 2023-12-28 145008

Tambahan lagi, Google menegaskan bahawa pembaharuan ini akan dikuasakan kecerdasan buatan dan kesalahan ringkasan terhadap singkatan perkataan yang digunakan dalam pesanan mungkin tidak dapat dielakkan.

Pembaharuan ini telah mula dilihat muncul untuk aplikasi Google beta versi 14.52 namun belum dipastikan akan tarikh pelancarannya.

Berkaitan

  • Android Auto Juga Akan Guna Kemas Kini Google Maps Terbaru
  • Langkah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya PC Dijangkiti “Malware”
  • realme C67 Bakal Hadir Ke Malaysia Minggu Depan
  • Salah Satu Robot Di Kilang Tesla Dilaporkan Serang Juruteranya

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY