Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-19T155645.608

RedMagic 9 Pro Dijangka Masuk Malaysia Januari 2024

Diterbitkan Disember 20, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas pelancarannya di China pada 23 November 2023, Nubia Technology kini telah mengesahkan bahawa mereka akan memasarkan nubia RedMagic 9 Pro ke peringkat global.

RedMagic 9 Pro

gsmarena_001 (1)

nubia RedMagic 9 Pro yang juga merupakan telefon gaming ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan dilengkapi dengan 12GB/16GB RAM LPDDR5X serta 256GB/512GB untuk storan.

Telefon pintar ini juga menjalankan Redmagic OS 9 yang berasaskan Android 14.

Selain itu, ia juga hadir dengan paparan AMOLED 6.8 inci yang berkadar segar semula 120Hz. Kecerahan puncak pula boleh mencapai 1,600 nits.

Untuk tetapan kamera, RedMagic 9 Pro menggunakan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera makro 2MP. Walaupun dilengkapi dengan paparan skrin penuh, telefon ini juga mempunyai kamera swafoto 16MP.

Tambahan lagi, telefon ini dibekalkan dengan kapasiti bateri 6,500mAh dengan pengecasan 80W.

gsmarena_007 (1)
The Sleet
RedMagic 9 Pro Dijangka Masuk Malaysia Januari 2024
The Snowfall
RedMagic 9 Pro Dijangka Masuk Malaysia Januari 2024
The Cyclone

Pilihan warna yang ditawarkan pula bergantung kepada spesifikasi telefon seperti yang berikut:-

  • The Sleet (12GB RAM + 256GB) = USD649 (~RM3,039.92)
  • The Snowfall & The Cyclone (16GB RAM + 512GB) = USD799 (~RM3,742.52)

Telefon ini dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia pada Januari 2024.

Berkaitan

  • HONOR X7b Dan X8b Akan Tersedia 22 Disember Ini Dengan Harga Serendah RM799
  • Lebih 7 Ribu Port Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sedia Dilanggan Penduduk Sarawak
  • Microsoft Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Terurus 2023
  • Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY