Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmagic 10 Pro Dan 10 Pro Plus Rasmi Dengan Bateri Sebesar 7,050mAh

Redmagic 10 Pro Dan 10 Pro Plus Rasmi Dengan Bateri Sebesar 7,050mAh

Diterbitkan November 14, 2024 oleh Rushsyafizal

Nubia secara rasmi melancarkan siri terbaharu peranti gaming yang terdiri daripada Redmagic 10 Pro dan Redmagic 10 Pro Plus.

Redmagic 10 Pro Dan 10 Pro Plus Rasmi Dengan Bateri Sebesar 7,050mAh

Redmagic 10 Pro dilengkapi skrin AMOLED 6.85 inci dengan resolusi 2688×1216, kadar segar semula 144Hz, dan kecerahan puncak hingga 2,000 nits. Menggerakkan peranti ini ialah cip Snapdragon 8 Elite bersama cip gaming Red Core R3 yang mampu menyokong permainan sehingga 120fps pada resolusi 2K. Sokongan lain termasuk 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, dan NFC.

Sebagai peranti gaming, Redmagic 10 Pro hadir dengan sistem penyejukan termal termasuk ruang wap, foil tembaga, graphene, dan logam cecair. Ia juga mempunyai kipas RGB 23,000rpm dan liang udara di setiap sisi, bersama butang trigger bahu dan suis mod fizikal untuk prestasi gaming maksimum.

Dari segi kamera, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP, lensa makro 2MP, serta kamera swafoto tersembunyi 16MP di bawah skrin.

Redmagic 10 Pro Dan 10 Pro Plus Rasmi Dengan Bateri Sebesar 7,050mAh

Model Pro dibekalkan dengan bateri 6,500mAh dan pengecasan 80W, manakala Pro Plus menambah kapasiti bateri ke 7,050mAh dengan sokongan pengecasan 120W.

gsmarena_008 (1)

Redmagic 10 Pro bermula pada harga CNY5,799 (~RM3,591), manakala Pro Plus pada harga CNY5,999 (~RM3,715). Siri ini dijangka akan dilancarkan secara global pada 3 Disember 2024.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini
  • Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11
  • Sukan SEA 2025 Thailand, Mobile Legends Sah Akan Dipertandingkan
  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY