Rebut Peluang Keemasan Memenangi ZenFone 4 Selfie Pro, Ditandatangani Khas Oleh Gong Yoo

ZenFone 4 Selfie Pro adalah model baru keluaran Asus yang telah dilancarkan dengan jayanya minggu lepas. Dibangunkan dengan tujuan membantu anda untuk menghasilkan foto selfie yang berkualiti, telefon pintar ini sangat sesuai bagi anda yang gilakan selfie.

Terkini, berita baik bagi peminat Gong Yoo merangkap penggemar selfie, anda berpeluang untuk memiliki telefon pintar ZenFone 4 Selfie Pro dan paling penting, ia akan ditandatangani khas oleh selebriti dari Korea Selatan itu.

Bagaimana mahu mendapatkannya?

Asus Malaysia telah mengadakan satu pertandingan di laman sosial mereka dan anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah dibawah untuk merebut peluang memiliki telefon pintar dengan tandatangan Gong Yoo.

  • Follow dan Like Asus Malaysia di Facebook dan Instagram

  • Berikan komen mengenai model ZenFone 4 yang mana menjadi pilihan hati dan jelaskan mengapa.

  • Di dalam komen tersebut, mention 3 orang rakan.

  • Kongsikan kiriman dibawah pada profil Facebook anda dan jangan lupa tulis hashtag; #ZenFone4  #WeLovePhotoMY #GongYoo


Kongsikan kiriman Asus ini di profil Facebook anda>>

https://www.facebook.com/asusmalaysia/videos/10155622772569116/

Peringatan, kiriman yang dikongsikan di wall Facebook anda perlulah di tetapkan kepada mod awam (Public), jika tidak penyertaan anda tidak sah.

Pertandingan ini sudahpun berlangsung dan akan tamat pada 27 Ogos ini. Pemenang akan diumumkan pada hari Rabu bersamaan dengan 30 Ogos 2017.

Hadiah-hadiah yang akan ditawarkan adalah:

1 x ZenFone 4 Selfie Pro ditandatangani oleh Gong Yoo

1 x ZenFone 4 Selfie Pro

1 x ZenFone 4 Max Pro

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang mendapatkan peranti terbaru dan jika anda peminat tegar Gong Yoo, inilah masanya untuk memiliki koleksi barangan yang ditandatangani pelakon kacak itu.

Terma dan syarat boleh layari di Asus Malaysia.