Realme menyifatkan peranti ini sebagai langkah permulaan dalam membariskan telefon pintar berstatus flagship pada masa akan datang.
Walaupun tidak dilengkapi dengan spesifikasi bangsawan, Realme X adalah keluaran paling premium pernah dikeluarkan syarikat itu.
Realme X tampil dengan skrin AMOLED 6.53 inci FHD+, Snapdragon 710, dwi-kamera belakang gandingan 48MP (f/1.7) (Sony IMX 586) + 5MP (f/2.4) dan 16MP (f/2.0) kamera swafoto terangkat.
Selain itu, skrin tanpa takuk itu juga akan disediakan dengan sensor pengimbas cap jari pada paparan dan ia akan dijana dengan bateri berkapasiti 3765mAh bersama sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W).
Realme X tersedia dengan tiga pilihan storan iaitu RAM 4GB/64GB, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB. Harga untuk pasaran China adalah dari 1499 yuan (~RM909) hingga 1799 yuan (~RM1091).
Sumber: Realme China
Berkaitan
- Laptop Dan Telefon Baru realme Akan Diperkenalkan Rasmi Esok
- (Ulasan) Realme XT - Prestasi XTra Berbanding Realme 5 Pro
- Harga Baru Langganan Netflix Akan Bermula Pada 18 Mac Ini
- Khabar Angin - Samsung Bakal Melengkapkan Galaxy Note 9 Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan
- Google Pixel 2 Dilapor Akan Dilancarkan Pada 5 Oktober Hadapan
- Xiaomi Mi A3 Dijadualkan Pengumumannya Pada 17 Julai Ini
- Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
- Maxis Tambah Data 10GB Kepada Pelan MaxisONE
- Mi Mix 3 Mula Dijual 12 Januari, Harga Bermula Dari RM2199
- Nokia XpressMusic Mungkin Kembali Ke Pasaran