realme V5 Bakal Diperkenal Pada Awal Ogos, Hadir Dengan Kuad Kamera

realme kini mengesahkan telefon pintar pertama dalam barisan siri V iaitu V5 akan diperkenal pada awal Ogos nanti. Perkara ini diumumkan oleh Naib Presiden realme, Xu Qi melalui perkongsian di Weibo.

realme v5 kuad kamera

Berdasarkan perkongsian imej tersebut, realme V5 dimuatkan dengan tetapan 4 kamera dengan susunan L dan paparan berlubang di bahagian kanan. Kemungkinan kamera utama akan dimuatkan dengan sensor 48MP.

Pada bahagian panel belakang peranti hadir dengan kemasan matte serta tertera jenama 'realme' yang besar. realme V5 mempunyai imbasan cap jari di bahagian sisi kanan yang juga berfungsi sebagai butang kuasa. Manakala pelaras kelantangan bunyi dan slot SIM diletakkan pada bahagian kiri.

Buat masa ini, hanya rekaan luaran yang telah diperlihatkan. realme dijangka akan mendedahkan lebih banyak spesifikasi V5 menjelang pelancarannya pada awal Ogos nanti.

Sumber: Weibo via GSMArena