Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme UI 3.0

realme UI 3.0 Diumumkan, Ini Senarai Telefon Yang Menyokongnya

Diterbitkan Oktober 14, 2021 · Dikemas kini Oktober 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Menjelang pelancaran telefon Google Pixel 6, banyak jenama yang sudah mula menawarkan sistem operasi beraskan Android 12 kepada pengguna masing-masing.

Terbaru, realme akhirnya mengumumkan kehadiran realme UI 3.0 yang mana menampilkan beberapa ciri-ciri Android 12, tambah baik keselamatan, rekaan antara muka serba baharu dan banyak lagi.

Screenshot 2021-10-14 at 12.00.36 PM

Melalui realme UI 3.0, ia menerima rekaan ikon yang dikemaskini kepada 3D. Selain lebih berwarna-warni, ia juga lebih kontras berbanding realme UI 2.0.

Screenshot 2021-10-14 at 12.00.48 PM

realme UI kali ini juga membenarkan pengguna untuk menyesuaikan tema di mana terdapat banyak warna yang boleh dipilih. Bagi ciri always-on-display (AOD), turut menyokong omoji serta boleh menggunakan maskot realmeow.

Screenshot 2021-10-14 at 12.00.59 PM

Screenshot 2021-10-14 at 12.01.07 PM

Tambahan lagi, realme mengatakan realme UI 3.0 ini menambah baik prestasi bateri sebanyak 12%, penggunaan memori 30% lebih kurang dan melancarkan aplikasi 13% lebih pantas. Pada masa yang sama, animasi juga dioptimumkan.

Visual – realme UI3.0

Tidak dilupakan juga sistem keselamatan yang dipertingkatkan seperti mengetahui privasi setiap aplikasi, memadam maklumat atau lokasi gambar dan lain-lain.

Oleh yang demikian, ini adalah senarai peranti realme yang menyokongnya dan ia akan dilepaskan kepada pengguna secara berperingkat:

  • Oktober 2021 – realme GT
  • Disember 2021 – realme X7 Max, realme GT Master Edition, realme 8 Pro, realme GT Neo2 5G
  • Suku pertama 2022 – realme X50 Pro 5G, realme 7 Pro, realme X7 Pro, realme 8 4G, realme Narzo 30, realme C25|C25s, realme Narzo 50A, realme 8i
  • Suku kedua 2022 – realme X7, realme X3, realme X3 SuperZoom, realme 8 5G, realme 8s, realme 7 5G, realme Narzo 30 Pro 5G, realme Narzo 30 5G

Sumber: Siaran Akhbar realme

Baca juga:

  • realme GT Neo2 Rasmi, Hadir Cip Snapdragon 870 Dan Harga Bermula ~RM1600

  • realme Band 2 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM169

  • realme Pad Diperkenal, Hadir Dengan Harga Bermula ~RM789

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY