Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT Neo2

realme GT Neo2 Rasmi, Hadir Cip Snapdragon 870 Dan Harga Bermula ~RM1600

Diterbitkan September 22, 2021 oleh Amsyar Latif

realme hari ini rasmi melancarkan realme GT Neo2 yang mana ia pengganti realme GT Neo. Telefon ini ditawarkan dengan harga bermula 2499 yuan (~RM1600) dan varian tertinggi adalah 2999 yuan (~RM1942).

Untuk spesifikasi khusus, ia mirip yang pernah didedahkan sebelum ini. realme GT Neo2 hadir dengan cip Snapdragon 870 bersama padanan memori 8GB/12GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB UFS 3.1.

realme GT Neo2_

Pada bahagian hadapan peranti, terdapat skrin berukuran 6.62 inci beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta panel E4 AMOLED. Turut menempatkan lensa swafoto 16MP. Sementara lensa belakang pula 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.

Selain itu, ia juga mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik, bekalan kuasa 5000mAh dengan pengecasan 65W, dwi-SIM, pembesar suara stereo Dolby Atmos Hi-Res dan ditawarkan tiga pilihan warna – Black Mint, Blue dan Shadow Black.

Buat masa sekarang, realme GT Neo2 ini hanya terhad buat pasaran China sahaja dan belum diketahui sama ada masuk Malaysia atau tidak.

Sumber: realme

Baca juga:

  • realme 8s Dan realme 8i Dilancar, Guna Cip MediaTek Terbaharu
  • realme Pad Diperkenal, Hadir Dengan Harga Bermula ~RM789
  • Xiaomi 11 Lite 5G NE – Tidak Sekadar Naik Taraf Ala Kadar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY