Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme Band 2 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM169

Posted on September 15, 2021

realme Band 2 kini secara rasminya dilancarkan di Malaysia dengan tanda harga RM169. Ia menerima naik taraf dari segi luaran dan dalam berbanding realme Band.

Penjejak kecergasan terbaru ini menampilkan skrin berukuran 1.4 inci TFT LCD yang berbentuk segi empat tepat dan kecerahan mencapai sehingga 500 nits.

Di dalamnya hadir dengan bateri berkapasiti 204mAh dan realme mendakwa ia mampu bertahan sehingga 12 hari melalui sekali cas. Selain itu, ia juga mempunyai ketahanan air pada kedalaman 50 meter (5ATM).

Antara ciri yang ditawarkan pula, realme Band mempunyai lebih 50 muka jam dan didatangkan 90 mod sukan. Di samping itu, turut hadir sensor pemantauan oksiden dalam darah Sp02, pemantauan waktu tidur, degupan jantung dan lain-lain.

Bersempena kehadirannya, jualan pertama adalah pada 20 September jam 12 tengah malam secara eksklusif di Lazada dengan harga RM139.

Sumber: realme

Baca juga:

  • realme GT Neo 2 Dengan Snapdragon 870 Bakal Dilancar Pada 22 September
  • realme Pad Diperkenal, Hadir Dengan Harga Bermula ~RM789
  • realme GT Master Edition Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress