Android 12 Diumum, Lebih Kemas Dan Privasi Ditingkatkan

Awal pagi tadi, Google telah mengumumkan Android 12 beta yang mana ia menawarkan kemas kini pada antara muka serta sejumlah fungsi baharu.

Kata Google, ini merupakan perubahan yang besar dalam sejarah sistem operasi Android. Bahkan dapat dilihat ia jauh lebih kemas dan cantik.

Pertama sekali, pengguna kini boleh mengubah warna mengikut kehendak dan cita rasa tersendiri. Warna tersebut juga akan disesuaikan di semua tempat termasuk notifikasi, kawalan audio, widget baharu dan banyak lagi.

Gif of one phone fanning into five phones that show different color schemes.

Selain warna, turut diberikan kesan animasi yang banyak dan lebih lancar. Walaupun begitu, ia masih lagi mengekalkan penggunaan bateri yang cekap.

Baca juga - Google Ada Cara Untuk Hasilkan Kamera Bawah Paparan Berkualiti Tinggi

Gif showing notifications being dismissed from the lock screen and the swipe up to the home screen.

Di samping itu, Google telah mempertingkatkan privasi dimana pengguna boleh mengawal berapa banyak data yang boleh diambil menerusi aplikasi pada peranti.

Gif of phone screen showing privacy dashboard and opens location usage

Tambahan lagi, pada bahagian atas kanan juga menunjukkan status sama ada aplikasi tersebut sedang menggunakan kamera atau mikrofon pengguna, mirip yang ada di iOS 14.

Gif of phone screen swiping down to quick settings to show new camera and mic toggles

Banyak lagi perubahan baharu di dalam Android 12 ini dan sekiranya berminat untuk mencubanya, anda boleh mengemaskini di sini.

Baca juga - Ini Adalah Hasil Gambar Dari Pixel 5a

Namun, seperti biasa, tidak semua peranti dapat sokongan percubaan Android 12. Oleh itu, berikut adalah senarai telefon pintar yang menyokongnya:

Google - Pixel 3, Pixel 3XL, Pixel 3a, Pixel 4, Pixel 4XL, Pixel 4a, Pixel 4a 5g, Pixel 5

Asus - Zenfone 8

Nokia - X20

OnePlus - OnePlus 9, OnePlus 9 Pro

OPPO - Find X3 Pro

realme - realme GT

Xiaomi - Mi 11, Mi 11 Ultra, Mi 11i, Mi 11X Pro

ZTE - ZTE Axon 30 Ultra

vivo - iQOO 7 Legend

TCL - TCL 20 Pro

TCL - TCL 20 Pro

Tecno - Tecno Camon 17

Sharp

Sumber: Google, Android