realme Sahkan Siri 10 Pro 5G Akan Dilancarkan 8 Disember Depan

realme telah mengesahkan siri realme 10 akan dilancarkan ke pasaran global pada bulan Disember depan. Untuk pengetahuan pembaca, syarikat itu telah mendedahkan kedatangan siri realme 10 pada pertengahan November lalu.

Realme 10 Pro series 5g india launch event

Walau bagaimanapun, siri tersebut sudah tersedia dan boleh dibeli untuk pasaran China pada harga permulaan CNY1,599 (~RM1,023.00).

Realme 10 Pro series 5g global launch event

Berikut adalah spesifikasi yang mungkin kita akan dapat untuk siri realme 10 Pro dan 10 Pro+.

realme 10 Pro


realme 10 Pro di China mempunyai skrin LCD bersaiz 6.7 inci yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Realme-10-Pro-Plus

Selain itu, ia akan dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 695. Untuk kamera, realme 10 Pro mempunyai tetapan 2 kamera - 108MP kamera utama, 2MP sensor kedua.

realme 10 Pro+


Bagi model andalan, realme 10 Pro+ hadir dengan saiz skrin yang sama 6.7 inci tetapi jenis AMOLED yang beresolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Realme-10-Pro_

Berbanding versi Pro, realme 10 Pro+ dikuasakan cip daripada MediaTek, Dimensity 1080 dan hadir dengan 3 tetapan kamera - 108MP kamera utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP kamera ketiga.

{suggest}

Kedua-dua model mungkin hadir dalam variasi yang sama, memori RAM hingga 12GB dan storan hingga 256GB. Disamping itu, peranti-peranti itu akan menggunakan antara muka realmeUI 4.0 berasaskan Android 13 secara terus dari dalam kotak.

Sumber: Gizmochina

Gambar utama: Gizmochina