HONOR Lancar Pesaing Kepada Samsung Galaxy Z Fold4 Di China, Harga Lebih Mesra Poket

HONOR melancarkan peranti boleh lipat terbaru mereka - HONOR Magic Vs 5G pada Rabu, 23 November di China. Peranti boleh lipat ini bakal menggantikan pendahulunya, HONOR Magic V.

Berdasarkan gambar-gambar di bawah, Magic Vs 5G menampilkan rekaan yang lebih nipis dan anggun.



Tambahan lagi, peranti Magic Vs 5G ini juga mempunyai kemasan yang lebih baik apabila dalam posisi terlipat berbanding abangnya, Magic V.


Spesifikasi


Untuk spesikasi, HONOR Magic Vs 5G dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm, Snapdragon 8+ Gen 1. Ini tidak mengejutkan memandangkan Snapdragon 8 Gen 2 baru sahaja dilancarkan sebelum kehadiran Magic Vs ini.

Honor Magic Vs arrives with improved hinge, lighter body

Selain itu, ia hadir dengan varian sehingga 12GB memori RAM dan 512GB untuk storan. Peranti ini juga mempunyai skrin OLED boleh lipat bersaiz 7.9 inci dengan sokongan resolusi 2272x1984, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan hingga 800 nits.

Manakala, skrin luarnya pula bersaiz 6.45 inci jenis OLED juga dengan resolusi 2560x1080 tetapi menyokong kadar segar sehingga 120Hz dan HDR10+.

Peranti boleh lipat HONOR ini akan menggunakan MagicOS 7.0 yang berasaskan Android 12 secara terus dari dalam kotak.

Tidak lupa juga, peranti ini dimuatkan dengan bateri gergasi bersaiz 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. HONOR mendakwa ia mampu mengecas daripada 0% ke 100% hanya dalam masa 46 minit sahaja.

Berikut adalah harga jualan rasmi di China mengikut setiap varian:

  • 8GB RAM / 256GB Storan - CNY7,499 (~RM4,800.00)

  • 12GB RAM / 256GB Storan - CNY7,999 (~RM5,117.00)

  • 12GB RAM / 512GB Storan - CNY8,999 (~RM5,757.00)

  • 16GB RAM / 512GB Storan - CNY10,999 (~RM7,036.00)


{suggest}

Sukacita diingatkan kepada pembaca bahawa yang ini adalah acara pelancaran di China dan berkemungkinan besar kita akan dapat melihatnya juga nanti di sini.