Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_004 (1)

Siri HONOR 80 Dilancarkan Di China – Memperkenalkan 3 Model Baharu

Diterbitkan November 24, 2022 · Dikemas kini November 24, 2022 oleh Firdaus

Dalam acara pelancaran HONOR di China pada Rabu lepas, jenama itu telah melancarkan siri HONOR 80 yang baharu selain memperkenalkan peranti boleh lipat HONOR Magic Vs.

Honor 80 series debuts with 160MP main cams, 66W charging

Siri HONOR 80 memperkenalkan 3 model baharu – HONOR 80 Pro, HONOR 80 dan HONOR 80 SE.

HONOR 80 Pro

Model utama HONOR 80 Pro mempunyai paparan skrin OLED melengkung bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 2700×1224 dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Honor 80 series debuts with 160MP main cams, 66W charging

HONOR 80 Pro dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1, guna OS MagicOS 7 berasaskan Android 12 dan sokongan bateri sebesar 4,800mAh melalui pengecasan pantas 66W.

Versi Pro ini mempunyai 3 tetapan modul kamera – 160MP kamera utama, 50MP ultra-lebar, dan 2MP kedalaman.

HONOR 80

HONOR 80 pula mempunyai skrin OLED 6.67 inci yang lebih kecil dengan resolusi 2400×1080 dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Honor 80 Pro and Honor 80

Untuk CPU, HONOR 80 akan menggunakan cip midrange Snapdragon 782G yang baru sahaja dilancarkan. Sama seperti 80 Pro, HONOR 80 akan disokongkan bateri sebesar 4,800mAh dan pengecasan pantas 66W.

Di samping itu, pengguna akan dapat menggunakan MagicOS 7 berasaskan Android 12 secara terus dari dalam kotak. HONOR 80 mempunyai sensor kamera utama 160MP yang sama tetapi berbeza dengan sensor yang lain – 8MP ultra-lebar dan 2MP kedalaman.

HONOR 80 SE

Versi mesra poket ini hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.67 inci beresolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Honor 80 series debuts with 160MP main cams, 66W charging

HONOR 80 SE mempunyai 3 tetapan kamera – 64MP sensor kamera utama, 5MP ultra-lebar dan 2MP kamera makro.

Selain itu, versi SE akan dikuasakan cip daripada MediaTek, Dimensity 900. Tidak lupa juga sokongan bateri 4,600mAh dan padanan pengecasan pantas 66W yang sama.

Berkaitan

  • Siri Vivo X90 Dilancarkan Di China, Dikuasakan Cip MediaTek Dan Qualcomm
  • Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia
  • HONOR Lancar Pesaing Kepada Samsung Galaxy Z Fold4 Di China, Harga Lebih Mesra Poket
  • Snapdragon 782G Rasmi - Bakal Menggantikan Abangnya, SD778G+
  • Mungkin Ini Telefon Pintar iQOO Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2

Harga

HONOR 80 Pro dijual pada harga permulaan CNY 3,499untuk variasi 8GB/256GB storan dan CNY 4,099 untuk 12GB RAM dan 512GB storan.

Manakala HONOR 80 pula dijual pada harga CNY 2,699 untuk variasi variasi 8GB/256GB storan dan CNY 3,299 untuk 12GB RAM dan 512GB storan.

Dan versi SE akan dijual pada tanda harga rasmi CNY 2,399

Sumber: GSMArena

Gambar utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY