realme Note 50 Kini Tiba Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM349

realme Malaysia kini telah membawa satu produk telefon pintar yang terbaru untuk siri terbarunya, iaitu siri Note ke dalam pasaran tempatan. Telefon itu adalah realme Note 50.



Untuk pengetahuan anda, Note 50 ini dikuasakan oleh cip UNISOC T612 dengan kelajuan frekuensi 1.82 GHz serta disokong oleh memori LPDDR4X serta storan EMMC 5.1.

Ia juga menjalankan realme UI T Edition yang berasaskan Android 13.



Skrinnya pula adalah jenis vivid bersaiz 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz, resolusi 720 x 1600 dan kecerahan puncak 560 nits.

Selain itu, telefon ini juga lengkap dengan kamera utama 13MP dan swafoto 5MP. Baterinya mempunyai kapasiti 5,000mAh dan pengecasan USB-C 10W.

Lain-lain ciri yang ditawarkan adalah Wi-Fi 5, rangkaian Bluetooth 5.0, bicu audio, dwi-slot kad SIM, satu slot mikroSD dan pengimbas cap jari serta muka untuk skrin kunci.

{suggest}

realme Note 50 ini akan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Sky Blue dan Midnight Black dengan varian seperti di bawah.

  • 4GB RAM + 64GB = RM349

  • 4GB RAM + 128GB = RM399


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, anda boleh membeli varian 4GB RAM + 64GB pada harga RM299 sahaja daripada 4 hingga 7 April 2024 melalui platform Shopee.



Manakala, realme Malaysia juga telah menawarkan promosi potongan harga sebanyak RM500 serta hadiah percuma untuk telefon-telefon yang terpilih dari 4 hingga 6 April 2024 di gedung dalam talian Lazada.



Beli produk realme di:

Shopee - https://invl.io/clkyef2

Lazada - https://invol.co/clkov74

Sumber: Siaran Media realme Malaysia