Genap setahun selepas pelancaran realme narzo 30, kini realme melancarkan pengganti kepada siri tersebut iaitu narzo 50. Jadi, mari kita lihat terus spesifikasi yang ditawarkan pada peranti ini.
Spesifikasi realme narzo 50:
- Cipset: MediaTek Helio G96 Gaming Processor
- Skrin: 6.6 inci IPS LCD FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar input sentuh 240Hz
- Kamera: 50MP utama, 2MP makro, 2MP depth, 16MP swafoto
- Bateri: 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W Dart Charge
- Sistem operasi: realme UI 3.0 berasaskan Android 11
- Storan: 4GB+64GB/ 6GB+128GB
Didatangkan dengan skrin berukuran 6.6 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, peranti ini sesuai untuk kegunaan media seperti menonton filem atau media sosial dengan pengalaman skrin yang lebih lancar. Kita juga dapat melihat kamera swafoto 16MP bahagian kiri atas pada skrin ini.
Bercakap tentang kamera, narzo 50 dilengkapi dengan sistem 3 kamera iaitu 50MP lensa utama AI, dan 2 lagi lensa makro dan depth masing-masing menggunakan 2MP.
Seperti yang dijangkakan, realme menggunakan cip pemprosesan Helio G96 dari MediaTek untuk menjana peranti ini. Seperti nama cip yang digunakan, Gaming Processor, realme memfokuskan peranti ini untuk gaming pada harga kelas pertengahan.
Ditawarkan dengan 2 varian, iaitu 4GB/6GB RAM+64GB/128GB. Yang menariknya, anda boleh menambah sehingga 11GB RAM dengan fungsi Dynamic RAM Expansion. Kalau rasa storan tidak mencukupi, anda juga boleh gunakan kad microSD.
Bateri yang cukup besar untuk penggunaan harian berkapasiti 5000mAh, ditambah pula dengan pengecasan pantas 33W Dart Charge anda tidak perlu risau peranti ini kehabisan bateri.
Harga permulaan realme narzo 50 ini bermula dengan harga INR 12,999(~RM724) untuk varian 4GB+ 64GB dan INR 15,499 (~RM863) pula untuk varian 6GB+128GB. Terdapat 2 pilihan warna iaitu Speed Blue dan Speed Black. Buat masa ini, peranti ini hanya dilancarkan di India dan mungkin akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Sumber: realme India
Baca juga: