Semakin hampir kita dengan pelancaran iPhone SE 3, semakin banyak khabar angin yang kita dengar mengenai peranti ini. Menurut laporan daripada Bloomberg, Iphone SE 3 ini mungkin akan dilancarkan seawal 8 Mac 2022 bersama dengan barisan baharu iPad Air dan mungkin sekali dengan komputer Mac baharu.
Dari segi rekaan, terdapat banyak dakwaan berkenaan dengan rekaan yang akan digunakan pada iPhone SE 3 ini. Antaranya, ia akan menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone SE 2, dengan saiz skrin 4.7 inci dan mengekalkan Touch ID pada Home Button.
Dakwaan lainnya pula adalah ia akan mempunyai skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dan Touch ID pada bahagian sisi. Model ini mungkin akan dikenali sebagai penerus kepada iPhone SE 2020 iaitu Iphone SE Plus. Yang terakhir ialah, iPhone SE 3 akan menggunakan rekaan seperti iPhone XR.
Walaupun iPhone SE 3 ini berkemungkinan akan menggunakan rekaan yang sama seperti model SE 2020, yang pasti komponen dalamannya adalah berbeza. Jika iPhone SE 2 dikuasakan dengan cip A13 Bionic, dikatakan iPhone SE 3 ini pula akan dijana dengan cip terbaharu seperti barisan iPhone 13 iaitu cip A15 Bionic.
Laporan ini mungkin benar kerana setiap kali Apple memperkenalkan model SE mereka, ia pasti akan menggunakan cip pemprosesan yang terbaharu.
Bukan itu sahaja, iPhone SE 3 ini juga akan mempunyai sokongan 5G. Menurut penganalisis Apple, Ming Chi Kuo mengatakan yang iPhone SE 3 ini akan membawa 2 penambahbaikkan terbesar iaitu cip pemprosesan dan juga fungsi 5G.
Disebabkan ura-ura mengatakan rekaan iPhone SE 3 ini masih menggunakan rekaan yang sama, ia mungkin akan didatangkan dengan 1 sensor kamera sahaja. Jika kita lihat semula pada iPhone SE 2, ia dilengkapi dengan sensor kamera yang sama dengan keluaran iPhone pada tahun itu iaitu iPhone 11. Jadi berkemungkinan iPhone SE 3 ini juga akan menggunakan sensor kamera yang sama dengan iPhone 13.
Walaupun mungkin banyak perubahan komponen dalaman yang dinaik taraf, iPhone SE 3 ini masih tidak akan menyokong fungsi MagSafe seperti yang dilaporkan di satu blog Jepun, Macotakara.
Sebagai sebuah peranti entry level Apple, iPhone SE 3 ini mungkin akan dijual ddan harga bermula $399 (~RM1672). Seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal tadi, iPhone SE 3 ini juga mungkin akan dilancarkan seawal 8 Mac 2022 dan paling lewat mungkin pada awal bulan Mei.
Sumber: 9to5Mac
Baca juga: