Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic4_MWC_Key Visual

HONOR Magic4 Bakal Dilancarkan Secara Global Isnin Depan

Diterbitkan Februari 24, 2022 oleh Faiz Munir

Acara Mobile World Congress (MWC) 2022 akan diadakan pada bermula 28 Februari depan. HONOR mengambil peluang ini untuk melancarkan model terbaharu siri Magic mereka pada acara tersebut.

HONOR Magic4 merupakan peranti andalan dari HONOR dan akan menjadi pengganti kepada HONOR Magic3 yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas. Disebabkan model Magic3 ini telah mendapat perhatian, HONOR mengambil keputusan untuk melancarkan Magic4 di peringkat global.

HONOR Magic4_Wireless Charging_Visual

Pelbagai ciri dan fungsi menarik yang akan disertakan pada Magic4 ini seperti pengecasan teknologi fotografi termaju dan pengecasan tanpa wayar yang dinantikan peminat seperti yang dikongsikan di platform media sosial HONOR Malaysia.

Buat masa sekarang, kita tidak mengetahui adakah HONOR akan membawa masuk peranti ini buat pasaran Malaysia. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada HONOR Malaysia sendiri.

Sekali lagi ingin diingatkan, HONOR akan melancarkan siri Magic4 ini pada 28 Februari 2022 pada jam 8 malam. Jadi jangan lupa untuk tandakan tarikh tersebut untuk menyaksikan siaran langsung pelancaran tersebut. Maklumat lanjut boleh pergi ke laman Facebook HONOR Malaysia.

Sumber: Siaran akhbar HONOR

Baca juga:

  • Jam Tangan Pintar Pertama POCO Dah Ada Pengesahan Untuk Dilancar
  • Acer Swift 5 Dan Swift 3 Baharu Dilancar, Dilengkapi Cip Core Intel Generasi Ke-12
  • Galaxy S22 Ultra Model Exynos Alami Isu Paparan, Kemas Kini Akan Diberi Secepat Mungkin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY