Siri realme Narzo 30 Dilancarkan, Ini Spesifikasinya

realme hari ini melancarkan siri realme Narzo terbaharu iaitu Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A. Seperti yang didedahkan sebelum ini, spesifikasi realme Narzo 30 Pro mempunyai sedikit persamaan dengan realme X7.

realme Narzo 30 Pro 5G




Membawa nama Pro, sudah pasti spesifikasi adalah lebih baik dalam siri kali ini. realme Narzo 30 Pro hadir dengan paparan berlubang berukuran 6.5 inci menggunakan panel IPS LCD beresolusi FHD+.

Di hadapan, terletak lensa swafoto 16MP. Sementara belakang, hadir dengan 3 lensa dimana 48MP utama, 8MP super lebar dengan FOV 118 darjah dan 2MP depth.



Bateri dimuatkan dengan 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W. Telefon ini dijana cip Dimensity 800U dipadankan memori 6GB/8GB dan mempunyai varian storan 64GB/128GB serta sokongan kad mikroSD.

realme Narzo 30A




realme Narzo 30A pula mempunyai paparan sedikit besar iaitu 6.6 inci dengan takuk teardrop. Ia menggunakan panel IPS LCD beresolusi HD+.



Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G85 dengan 3GB atau 4GB RAM. Selain itu, didatangkan dengan dua varian iaitu 32GB dan 64GB serta masih ada sokongan kad mikroSD.

Untuk kamera, ia dilengkapi lensa swafoto 8MP. Bahagian belakang, modul kamera berbentuk petak menempatkan lensa utama 13MP dan 2MP depth.



Sedikit kelebihan pada Narzo 30A, ia dilengkapi bateri sebesar 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Harga Jualan


Melihat pada spesifikasi bagi kedua-dua telefon pintar ini, tidak mengejutkan jika harga jualannya lebih rendah berbanding siri realme X7.

Berikut adalah harga bagi realme Narzo 30A:

  • 3GB RAM + 32GB Storan - Rs 8,999 (~RM502)

  • 4GB RAM + 64GB Storan - Rs 9,999 (~RM557)


Berikut adalah harga bagi realme Narzo 30 Pro 5G:

  • 6GB RAM + 64GB Storan - Rs 16,999 (~RM948)

  • 8GB RAM + 128GB Storan - Rs 19,999 (~RM1,115)


Buat masa sekarang, ia hanya terhad untuk pasaran India sahaja. Akan tetapi realme Narzo 30A sah akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi kerana ia telah menerima pengesahan SIRIM. Mungkin varian Pro tidak ditawarkan di Malaysia.

Sumber: realme via GSMArena