Realme Malaysia Raikan 4000 Peminat Di Night Of Frights

Selaku penaja telefon pintar rasmi Night of Frights, realme Malaysia telah meraikan lebih daripada 4000 peminat  bersempena menyambut ulang tahun pertama mereka.

Acara itu menyaksikan peminat dari seluruh negara menikmati malam-malam mereka dengan pengalaman seram tanpa henti telah memberi satu pengalaman yang menyeronokkan buat peminat realme.



"Kami sangat gembira mendapat sokongan penuh dari peminat sepanjang satu tahun ini. Demi membalasa jasa mereka semua, kami telah bekerjasama dengan Night of Frights untuk meraikan ulang tahun ini. Di sini, kami akan terus mengahsilkan produk dan memberi pengalaman pengguna yang terbaik kepada peminat kami", kata Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh.

Night of Frights & realme

Night of Frights merupakan sebuah acara tahunan yang telah kembali tahun ini dengan lapan buah rumah hantu serta dua laluan zon yang menakutkan, satu teater berhantu, dua pertunjukan persembahan dan bermacam lagi.



Selain itu, tiga peminat bertuah juga menjadi antara pemilik realme XT yang ditampilkan dengan Kuad Kamera 64MP selepas mengambil bahagian dalam pertandingan di media sosial tempoh hari.

Telefon pintar realme XT (8GB + 128GB) dijual pada tanda harga RM1,399 yang dilengkapi dengan cap jari terkini, beserta pengecasan pantas VOOC 3.0.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai tawaran dan aktiviti realme yang selanjutnya, boleh terus ke laman Facebook rasmi mereka di realme Malaysia.