Namun, kepada peminat dan pengguna dron, tindakan tegas bakal dikenakan jika ada di antara anda semua yang menerbangkan dron ketika sambutan ambang tahun baharu yang bakal bermula pada malam ini. Pihak polis akan serta merta mematikan dron demi memastikan keselamatan di tempat awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan dalam kenyataannya di Bernama menyatakan, "Kami akan menggunakan peranti khas untuk menyekat atau mematikan dron yang diterbangkan, dan ia bakal dikendalikan sendiri oleh pasukan khas polis".
Bermula dari jam 8 pagi ini hingga ke lewat tengah malam esok, lebih dari 1,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang sambutan ini berlangsung. Pihak polis turut menjangkakan bahawa lebih dari 20,000 pengunjung bakal menghadiri sambutan ini, yang mana dijalankan serentak dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020.
Jadi, kerjasama dari orang ramai diminta agar tidak membawa atau menyalahgunakan dron supaya ia tidak menyederakan mana-mana pihak, mahupun ada kes perlanggaran dron di udara.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Spesifikasi Model Terbaru Oppo Find X Didedahkan - Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845
- Kualiti Kamera DSLR Pada Telefon Pintar Menjelang Tahun Hadapan
- Vivo Superday Sale - Beli V15 Pro, Anda Berpeluang Bawa Pulang Dron DJI Tello Secara Percuma
- Realme X2 Pro, Flagship Killer Tahun Ini?
- Penggunaan Dron Perlu Ada Kawalan- KDN
- Pengguna iOS Masih Menunggu Kemaskini Terbaru PUBG Mobile
- Xiaomi Mi 6 Dengan Snapdragon 835 Dikhabarkan Hadir Fabruari Atau April Tahun Hadapan
- Mesin Masa Depan #WiserTahun2020
- MWC 2019 - Apa Yang Anda Boleh Harapkan Daripada Pengeluar Pada MWC Tahun Ini
- Permohonan Kerja Akan Menjadi Lebih Mudah Dengan Ciri Baru Daripada Facebook Ini