Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 13

Siri realme 13 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Dari RM1,199

Diterbitkan Oktober 17, 2024 oleh Rushsyafizal

realme telah rasmi melancarkan realme 13+ 5G dan realme 13 5G yang digelar sebagai ‘Gaming Dominator’. Siri ini dijangka dapat memberikan pengalaman gaming yang memuaskan.

KV 5

realme 13+ 5G dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7300 Energy. Manakala, realme 13 5G pula dipacu oleh Dimensity 6300.

Dilengkapi dengan paparan OLED 120Hz dan pembesar suara stereo yang menghidupkan suasana permainan. Paparan ini turut menampilkan teknologi Eye Comfort yang membantu mengurangkan keletihan mata ketika bermain untuk tempoh yang lama.

KV 7

Siri realme 13 5G memperkenalkan Mod GT, yang sebelum ini eksklusif untuk model andalan GT. Dengan mod ini, pengguna boleh menikmati prestasi puncak yang stabil pada 90FPS untuk permainan seperti Free Fire dan Mobile Legends. Malah, realme 13+ 5G mampu mencapai 120FPS untuk Honor of Kings (HOK). Ciri tambahan seperti Geek Power Tuning dan Penukar Suara memberikan pengalaman gaming yang lebih menarik.

Kedua-dua peranti juga dilengkapi sistem penyejukan Stainless Steel Vapor Cooling System yang memastikan prestasi kekal optimum sepanjang sesi permainan yang panjang. Turut menggunakan Armorshell serta penarafan IP65 untuk realme 13+ 5G dan IP64 untuk realme 13 5G menjamin ketahanan terhadap debu dan air.

realme 13+ 5G juga dilengkapi dengan pengecasan 80W Ultra Charge, yang dikatakan mampu memberikan 1 jam permainan dengan hanya 5 minit pengecasan, sementara realme 13 5G menyokong 45W Ultra Charge, bersama bateri 5,000mAh yang memberikan ketahanan hebat.

KV 4
KV 3

realme 13+ 5G berharga dari RM1,399 dan akan mula dijual pada 19 Oktober, manakala realme 13 5G akan tersedia pada 1 November dengan harga RM1,199. Menariknya, dari 19 Oktober hingga 18 November, pembeli yang mendapatkan realme 13+ 5G versi 12GB+512GB dengan harga RM1,699 juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM799, termasuk fon telinga Techlife Wireless Earbuds, waranti kerosakan skrin selama 1 tahun, dan waranti perkakasan selama 730 hari.

Peranti ini turut akan tersedia di pelbagai platform termasuk kedai rasmi realme, Shopee, Lazada, dan rakan kongsi telco seperti CelcomDigi, Maxis, dan U Mobile. dan berpeluang untuk mendapatkan tawaran istimewa semasa jualan pertama yang berlangsung dari 19 Oktober hingga 18 November.

Beli 13 Series 5G+ dan 13 Series 5G di :

Shopee – https://invl.io/cllszd4

Lazada – https://invol.co/cllszd6

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Ciri-Ciri Baharu YouTube Yang Anda Perlu Tahu
  • realme P1 Speed Dilancar Di India - Skrin OLED, Cip Dimensity 7300 Energy
  • Taobao Malaysia Mulakan Jualan 11.11 Dengan Antara Muka Dalam Bahasa Cina Dan Inggeris
  • Pelanggan Microsoft Hadapi Lebih Daripada 600 Juta Serangan Siber Setiap Hari - Microsoft

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY