Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiga Telefon Galaxy Yang Akan Tamat Sokongan Perisiannya Tahun Ini

Posted on Julai 10, 2024

Menurut kenyataan yang diberikan oleh SamMobile, terdapat tiga buah model telefon pintar jenama Samsung yang dilancarkan pada sekitar bulan Mac 2020 hingga Jun 2020 akan tamat sokongan kemas kini mereka untuk sistem perisian serta keselamatan setelah tamatnya tahun 2024.

Tiga telefon Samsung yang dimaksudkan itu adalah Galaxy A51 5G, Galaxy A41 dan Galaxy M01.

Samsung Galaxy A51 5G
Samsung Galaxy A41
Samsung Galaxy M01

Perkara ini juga telah diperkukuhkan oleh Samsung sendiri sewaktu telefon-telefon ini dilancarkan yang mana ia hanya akan menjamin sokongan kemas kini perisian dalaman serta perisian keselamatan selama empat tahun sahaja.

“Dan peranti terpilih yang dilancarkan pada 2019 atau seterusnya akan disokong dengan kemas kini keselamatan perisian tegar selama sekurang-kurangnya empat tahun selepas pelancaran global, manakala peranti terpilih yang lebih baharu akan menerima jaminan kemas kini sehingga lima tahun.” – Samsung Mobile Security

Ia juga diperkatakan lagi di dalam pengenalan Samsung Security Updates pada halaman rasmi Samsung Mobile Security.

{suggest}

Sumber: Samsung Mobile Security

Rujukan: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress