Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Dijangka Akan Perkenal Pengecasan Pantas 120W Ultra Dart Julai Ini

realme Dijangka Akan Perkenal Pengecasan Pantas 120W Ultra Dart Julai Ini

Diterbitkan Julai 10, 2020 · Dikemas kini Julai 14, 2020 oleh Amalina Athman

realme kini dikhabar sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas 100W+ yang dijangka akan diumumkan pada Julai ini. Perkara ini didedahkan melalui akaun Twitter Ishan Agarwal.

Ketika ini, pengecasan pantas realme yang ada di pasaran adalah realme SuperDart 65W. Namun, teknologi pengecasan pantas 100W+ dikatakan akan diperkenal sebagai Ultra Dart. Turut didedahkan pengecas tersebut boleh mengisi 1/3 daripada 4000mAh bateri dalam tempoh 3 minit sahaja.

pengecas pantas realme

Berdasarkan perkongsian imej yang disertakan, 4000mAh bateri hanya memerlukan masa sekitar 10 minit untuk pengecasan penuh. “-11660mA” yang tertera menunjukkan teknologi tersebut menawarkan pengecasan dengan kelajuan 120W.

Naib Presiden realme China iaitu Xu Qi juga pernah menyatakan bahawa pengecasan 100W adalah sedikit perlahan. Ia menunjukkan syarikat itu mungkin dalam perancangan untuk menawarkan pengecasan pantas melebihi 100W.

Terdahulu, vivo terlebih dahulu mempertontonkan pengecasan pantas Super FlashCharge 120W. Xiaomi juga telah dikesan dengan pengecasan pantas 120W melalui sebuah video yang tertiris.

Sumber: Twitter via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY