realme C51 Rasmi Dengan Ciri Mini Capsule Pada Harga RM549

Awal minggu ini, realme telah mengumumkan kemasukan baharu dalam siri realme C

- realme C51. Dan kini realme telah melancarkan telefon pintar C51 untuk pasaran Malaysia dengan tanda harga jualan mampu milik.


Spesifikasi realme C51


realme C51 hadir memberikan memori RAM 8GB dan storan 128GB dengan slot kad mikroSD hingga 2TB. Selain itu, ia dilengkapi sensor kamera utama 50MP f/1.8 dan 5MP swafoto.



Peranti ini juga menawarkan skrin IPS 6.7" yang menyokong kadar segar semula 90Hz, kecerahan maksimum 560 nits dan ada ciri Mini Capsule padanya.

realme C51 disokong bateri berkapasiti 5,000mAh, pengecasan SUPERVOOC 33W, sensor cap jari disisinya dan juga ada ciri NFC.



realme C51 menawarkan 2 pilihan warna - Mint Green dan Carbon Black.

realme Buds T300


Selain realme C51, realme turut memperkenalkan TWS mereka yang terbaru - Buds T300.



TWS ini mempunyai prestasi audio 12.4mmDynamicBass Driver yang disaluti titanium, bersama dengan ciri 360° Spatial Audio.

Tidak lupa juga realme Buds T300 dilengkapi ciri 30dB Active Noise Cancellation, Quad-mic Noise Cancellation dan juga nilai kependaman yang rendah 50ms.



Di samping itu, ia juga mempunyai penarafan kalis air IP55, berat hanya 4.1g setiap satu fon putik, dan ketahanan bateri hingga 40 jam lamanya.

Harga & Ketersediaan


realme Buds T300 dijual pada tanda harga RM199 dan boleh didapati di mana-mana stor realme, platform Shopee dan juga Lazada.

Beli realme Buds T300 di Shopeehttps://invl.io/cljx58j

Manakala, realme C51 dengan ciri Mini Capsule ini dijual pada tanda harga rasmi RM549 sahaja dan boleh dibeli di platform TikTok, Shopee dan Lazada bermula 27 September hari ini.

Beli realme realme C51 di Shopeehttps://invl.io/cljx579

Beli realme realme C51 di Lazadahttps://invol.co/cljx59g

Sementara itu, pembelian di stor-stor fizikal boleh dibuat pada esok hari, 28 September. Menariknya lagi, realme C51 ini boleh didapati pada harga RM529 sempena tawaran terhad PayDay bermula hari ini hingga 8 Oktober nanti.

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar realme