Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c12 Malaysia

realme C12 Pula Muncul Dengan Bateri 6000mAh, Mungkin Dilancar Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Ogos 6, 2020 oleh Amalina Athman

Sejak Jun lalu, realme telah melancarkan dua telefon pintar dalam barisan siri C iaitu realme C11 dan realme C15. Namun, realme C15 masih belum dilancarkan dalam pasaran Malaysia. Khabar terbaru, realme C12 pula muncul dalam pelbagai pensijilan dengan nombor model RMX2189.

Realme C12 Gets NBTC, TKDN, SDPPI & 3C Certification Will Launch Soon. #RealmeC12 pic.twitter.com/7qAAfxo2wo

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) August 6, 2020

Sehingga kini, realme C12 telah menerima pensijilan daripada Thailand, Indonesia, Malaysia dan China. Menerusi pensijilan itu, ia turut memperlihatkan realme C12 bakal dimuatkan dengan kapasiti bateri 6000mAh serta menyokong pengecasan 10W.

Dari segi spesifikasi, peranti ini berkemungkinan berada di tengah antara realme C11 dan realme C15. Ia mungkin berkongsi ciri seperti paparan skrin HD+ dengan takuk yang memuatkan kamera swafoto serta menjalankan realme UI berasaskan Android 10.

Dengan pensijilan yang telah diterima, realme C12 dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY