Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme Beri Gambaran Pelancaran Model Realme 3

Realme Beri Gambaran Pelancaran Model Realme 3

Diterbitkan Februari 20, 2019 oleh Haikel Areff

Realme mula menjadi bualan selepas penawaran model Realme 2 Pro yang mendapat sambutan hangat beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana mereka menawarkan telefon dengan spesifikasi menarik dengan harga yang sangat berpatutan.

Sehubungan dengan itu, ramai yang tidak sabar untuk menantikan model Realme 3 diperkenalkan.

Penantian itu dijangka akan menemui penghujungnya tidak lama lagi. Realme telah memberi bayangan perkenalan Realme 3 melalui kiriman di akaun Twitter mereka baru-baru ini.

Let’s see if you can put 1 and 2 together. 🤔 pic.twitter.com/hLneqExJc9

— realme (@realmeIndia) February 19, 2019

Dalam kiriman tersebut, kotak belian bagi peranti Realme 1 dan Realme 2 diletakkan secara bersebelahan bagi membentuk persoalan matematik dengan kapsyen “Simple Maths or Something Big?”.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang “besar” akan ikut serta bersama peranti Realme 3 itu nanti.

Adakah ia skrin bersaiz besar, memori(RAM) besar ataupun bateri berkapasiti besar? Sama-sama kita nantikan apa yang akan Realme 3 tawarkan nanti.

 

Sumber: @realmemobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY