Semasa acara global MWC 2022 yang sedang berlangsung, realme telah melancarkan sejumlah produk serta teknologi termasuk siri GT2, komputer riba dan pengecasan pantas sehingga 200W.
Tidak cukup dengan itu, realme semakin mengganas kerana mereka kini mengesahkan kehadiran GT Neo3 yang mana akan dilancarkan sekitar separuh kedua tahun 2022.
Peranti tersebut akan dilengkapi pengecasan UltraDart 150W dan dikuasakan cip pemproses terbaharu MediaTek, iaitu Dimensity 8100.
Mengikut khabar angin terdahulu, realme GT Neo3 menggunakan Dimensity 9000 dan akan memfokuskan gaming. Tidak mengapa, mungkin kita akan mengetahuinya lebih lanjut dari semasa ke semasa.
Tambahan lagi, satu perkara menarik yang dikongsikan CEO realme Madhav Sheth, mereka kini sedang membangunkan sebuah telefon pintar yang mempunyai teknologi kamera di bawah skrin.
Ia bakal diperkenalkan pada separuh kedua tahun 2022 juga. Malah, realme turut sedang menguji beberapa lagi model telefon pintar lain termasuk peranti boleh lipat. Cumanya, ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Sumber: gsmarena
Baca juga: