Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme Menjadi Jenama Telefon Pintar Paling Pantas Berkembang Di Eropah

Posted on Februari 28, 2022

Berdasarkan kepada laporna yang diterbitkan oleh Strategy Analytics, jenama telefon pintar dari China, realme telah berjaya memasarkan lebih daripada 8 juta unit telefon pintar untuk pasaran Eropah dalam tahun 2021 lalu.

Sekaligus menjadikan realme sebagai jenama telefon pintar paling pantas berkembang di Eropah.

Menurut Strategy Analytics, realme merekodkan perkembangan dari tahun ke tahun sehingga lebih daripada 500% sejak ia mula memasuki pasaran telefon pintar Eropah pada tahun 2019 dahulu.

Carta menunjukkan kadar perkembangan pasaran telefon pintar realme di Eropah. Kredit: Strategy Analytics

Perkembangan pantas jualan telefon pintar realme di Eropah telah menjadikan telefon pintar dari China itu sebagai jenama telefon pintar ke-4 paling menjadi pilihan pengguna di sana.

Sekaligus mencabar pengeluar-pengeluar telefon pintar dari jenama lain yang sudah lama bertapak di Eropah seperti Samsung, Apple, Xiaomi dan Oppo.

Kredit: Strategy Analytics

Sumber: Strategy Analytics

Baca juga:

  • Minggu Depan, realme 9 Pro+ Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan
  • realme V25 Bakal Dilancar 3 Mac, Mungkin realme 9 Pro Yang Dijenamakan Semula
  • realme narzo 50 Dilancarkan, Fokus ‘Gaming’ Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress