Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme v25

realme V25 Bakal Dilancar 3 Mac, Mungkin realme 9 Pro Yang Dijenamakan Semula

Diterbitkan Februari 25, 2022 oleh Faiz Munir

realme bakal melancarkan realme V25 pada 3 Mac depan di pasaran China. Seperti realme 9 Pro, peranti ini juga akan dihadirkan dengan lapisan fotokromik yang boleh bertukar warna apabila terdedah pada matahari.

Bukan sekadar hadir dengan rekaan yang sama, menurut spesifikasi daripada TENAA, realme V25 ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan realme 9 Pro. Berkemungkinan realme V25 ini adalah penjenamaan semula (rebranded) untuk pasaran di China.

Jika maklumat ini benar, maka realme V25 ini akan menggunakan skrin berukuran 6.6 inci FHD+ jenis LCD dengan kadar segar semula 120Hz, dikuasakan dengan Snapdragon 695, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Pada bahagian kamera, jelas terlihat peranti ini hadir dengan 3 sistem kamera iaitu 64MP lensa utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Tambahan pula, realme V25 ini akan mempunyai varian 12GB+256GB.

realme V25 Bakal Dilancar 3 Mac, Mungkin realme 9 Pro Yang Dijenamakan Semula

Apa-apa pun, ini hanya khabar angin mengenai spesifikasi peranti ini. Untuk tahu sama ada maklumat ini benar atau tidak, kita nantikan sahaja pelancarannya pada minggu hadapan.

Sumber: GSMArena

Baca juga:

  • Minggu Depan, realme 9 Pro+ Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan
  • Tidak Perlu Ganti iPhone Baru, Apple Bolehkan Face ID Dibaiki
  • Setel Pun Boleh Hantar Barang, Ini Lokasi Yang Ada Setel Express

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY