realme baru sahaja melancarkan peranti andalan mereka yang terbaharu iaitu realme GT2 dan GT2 Pro. Peranti ini mungkin akan menjadi pesaing telefon pintar andalan yang lain kerana spesifikasi yang ditawarkannya.
Sebagai permulaan, ia menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Cip ini menggunakan teknologi 4nm. Oleh kerana siri realme GT2 ini akan dijual di pasaran Eropah, ia telah menjadi peranti pertama gunakan Snapdragon 8 Gen 1 yang dijual di sana.
Berbeza untuk realme GT2, ia dikuasakan dengan cipset lebih rendah iaitu Snapdragon 888. Walau bagaimanapun, ia masih berkuasa untuk peranti tahun ini.
Untuk mengatasi masalah kepanasan pada cipset, realme telah menyertakan vapor chamber sebesar 36.761mm2 yang mampu mengurangkan sebanyak 3°C ketika cipset ini digunakan.
Selain itu, ia juga menggunakan skrin terbaru dari Samsung iaitu E4 AMOLED LTPO 2.0 berukuran 6.7 inci pada realme GT2 Pro. Ia juga mampu memaparkan sehingga 1.07b warna dengan kecerahan sehingga 1,400 nits.
Pada realme GT2, saiz skrin lebih kecil sedikit iaitu 6.62 inci dan ia tidak menggunakan skrin E4 AMOLED LTPO sebaliknya hanya skrin AMOLED biasa.
Seperti yang terlihat, realme GT2 Pro menggunakan sistem 3 kamera iaitu, 50MP kamera utama, Sony IMX766, 50MP ultra lebar dan 3MP mikroskop. Kamera swafoto yang digunakan pula adalah 32MP.
realme GT2 masih lagi mengekalkan modul kamera utama 50MP Sony IMX766 tetapi tidak untuk kamera ultra lebar dan mikroskop.
Kedua-dua peranti ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W yang mampu mengecas penuh dalam masa 33 minit sahaja.
Masing-masing juga dijalankan dengan sistem operasi realme UI 3.0 dan akan menerima kemas kini Android selama 3 tahun dan tampalan sekuriti selama 4 tahun.
Apa lagi yang menariknya adalah, realme tahun ini telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan bahan karbon sebaliknya menggunakan bahan bio-polimer pada kotak dan panel belakang peranti mereka untuk menjaga alam sekitar. Ini kerana, setiap 1kg penghasilan bahan bio-polimer mengurangkan 2kg lepasan karbon.
Untuk jualan, realme GT2 Pro akan dijual bermula 8 Mac bermula dengan harga EUR749 (~RM3525) untuk varian 8GB+128GB dan EUR849 (~RM3996) pula untuk varian 12GB+256GB.
Bagi realme GT2 pula, ia akan dijual lewat sedikit iaitu pada 15 Mac dengan dengan 1 varian sahaja iaitu 8GB+128GB dengan harga bermula EUR599 (~RM2819).
Sumber: GSMArena
Baca juga: