Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri realme 9

realme 9 Versi Pro Tiba Di Malaysia – Sony IMX766, Harga Permulaan RM949

Diterbitkan Mac 2, 2022 oleh Amsyar Latif

Selepas realme 9i, realme Malaysia kini membawa masuk versi Pro pula buat pasaran tempatan menerusi realme 9 Pro+ dan realme 9 Pro.

realme 9 Pro+ didatangkan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920 yang dipadankan memori 6/8GB RAM serta storan 128/256GB UFS 2.2.

realme 9 Pro+

Turut dilengkapi skrin berukuran 6.4 inci dengan resolusi FHD+ Super AMOLED, kadar segar semula 90Hz dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

Bateri pula berkapasiti 4500mAh yang menyokong kelajuan mengecas 60W dan menjalankan sistem operasi realme UI 3.0 berasaskan Android 12.

Beralih pada tumpuan utamanya, terdapat tiga tetapan kamera yang merangkumi 50MP utama dengan sensor Sony IMX766 (OIS+EIS+AI Noise Reduction Engine 3.0), 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara 16MP ditugaskan bagi kamera swafoto.

realme 9 pro

realme 9 Pro pula, ia hadir dengan cip janaan Snapdragon 695, memori 6/8GB RAM dengan tambahan 5GB Dynamic RAM, storan 128GB UFS 2.2, bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W dan skrin 6.6 inci IPS LCD 120Hz.

Masih dengan tetapan 3 kamera, iaitu 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Manakala kamera hadapan sebesar 16MP. Namun, lensa utama varian ini bukan menggunakan IMX766.

Harga Jualan

realme 9 pro+ harga

realme 9 pro harga

Harga permulaan bagi realme 9 Pro ialah RM1099 (6+128GB). Sementara realme 9 Pro+ pula berharga RM1599 (8+256GB).

Bagaimanapun, peranti ini menerima tawaran eksklusif di Lazada pada 8 Mac yang mana realme 9 Pro (6+128GB) bernilai RM949 dan RM1399 untuk varian realme 9 Pro+.

Baca juga:

  • Nothing Acah Untuk Umumkan Produk Baharu Mereka Bulan Ini

  • Celcom Tawar Pelan Pascabayar Xpax Baharu, Data Tanpa Had Bersyarat

  • realme Bakal Lancar Telefon Dengan Kamera Di Bawah Skrin Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY