Celcom Tawar Pelan Pascabayar Xpax Baharu, Data Tanpa Had Bersyarat

Selepas U Mobile dan Digi hadir dengan pelan baharu, Celcom turut melakukan perkara sama dengan pelancaran pelan pascabayar Xpax Postpaid 60 dan Xpax Postpaid 40.

Menurut Celcom, pelan ini ialah nama baharu bagi Xpax Lite dan pelanggan Xpax Lite sebelum ini boleh memilih untuk berpindah ke pelan baharu,

Untuk pelan Xpax Postpaid 40, pelanggan akan mendapat kuota sebanyak 10GB sebulan, panggilan tanpa had bersama akses tanpa had untuk Facebook, Instagram dan YouTube dengan kualiti standard 480p. Kelajuan untuk pelan ini ialah 3Mbps.

Bagi pelan Xpax Postpaid 60, ia menawarkan kuota 20GB, panggilan tanpa had, akses tanpa had untuk Facebook, Instagram dan YouTube dengan kualiti tinggi 720p. Kelajuan untuk pelan lebih tinggi, 6Mbps.



Namun, Celcom mengenakan FUP sebanyak 150GB untuk semua penggunaan di mana untuk pelayaran biasa (browsing), kelajuan maksiumum akan diperlahankan ke 1.5Mbps selepas 150GB dan 512kbps selepas 250GB.





Manakala untuk YouTube, kelajuan akan diperlahankan ke 512kbps selepas mencapai kuota 150GB tadi.



Kedua-duanya juga tidak menawarkan perkhidmatan untuk hotspot jadi anda hanya boleh menggunakannya pada telefon tanpa berkongsinya ke peranti lain.

Lawati laman web Celcom untuk syarat dan terma yang lebih terperinci.

Baca juga: