realme memulakan tahun baharu dengan membawa masuk realme 9i yang mana telefon ini adalah model ‘permulaan’ bagi siri realme 9.
realme 9i merupakan peranti di bawah kelas pertengahan bawahan. Ia menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 680, memori 4GB/6GB RAM dengan sokongan RAM Maya sehingga 5GB dan storan dalaman 128GB bersama slot tambahan kad mikroSD.
Di dalam peranti, ia dibekalkan bateri sebesar 5000mAh dengan kelajuan mengecas sepantas 33W. Turut menjalankan perisian realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.
Paparan seluas 6.6 inci FHD+ berpanelkan LCD tetapi hadir dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Bersama skrin hadapan juga, terletaknya lensa swafoto 16MP.
Manakala, panel belakang yang terdapatnya modul kamera mirip peranti mereka lain, ditawarkan tiga lensa yang terdiri 50MP utama, 2MP B/W dan 2MP makro. Selain itu, ia masih diberikan bicu audio 3.5mm, sistem pembesar suara stereo, bluetooth 5.0 tetapi hanya menyokong rangkaian 4G sahaja.
Didatangkan dalam dua pilihan warna Prism Blue dan Prism Black, realme 9i diletakkan pada tanda harga bermula RM799. Bagi yang berminat, pra-tempahan awal akan bermula jam 5 petang ini secara ekslusif di Shopee bagi varian 6GB+128GB (RM869) di mana pembeli bakal menerima Buds Air 2 Neo percuma (harga asal RM199). Sementara jualan pertama pula bermula 22 Januari ini.
Baca juga:
- Salah Satu Telefon Siri realme Berjaya Cecah 40 Juta Unit Jualan, Berada Dikelompok 4 Teratas
- Reaksi Awal realme 9i – Spesifikasi Mesra Pengguna, Harapnya Harga Mesra Poket
- realme Pad Tak Akan Dapat Kemas Kini Android 12