Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 3 pro

Realme 3 Pro Rasmi Dilancarkan Pada Harga Bermula RM899, Dijual Bermula Esok

Diterbitkan Mei 14, 2019 ยท Dikemas kini Mei 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menemani model Realme 3 yang sudah dilancarkan pada Mac lalu, hari ini versi Pro pula mengambil giliran diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Realme 3 Pro merupakan sebuah peranti yang hadir dengan skrin paparan 6.3 inci FHD+ beserta cip Snapdragon 710 dan digandingkan bersama RAM 4GB/6GB serta memori 64GB/128GB.

Realme 3 Pro

Bahagian kamera pula menampilkan tetapan dwi kamera gabungan lensa 16MP+5MP dan kamera hadapan 25MP. Bateri yang ditawarkan adalah 4045mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Realme 3 Pro Rasmi Dilancarkan Pada Harga Bermula RM899, Dijual Bermula Esok
Harga jualan mengikut variasi storan, RM899 dan RM1099

Jualan pertama dibuat secara dalam talian melalui Lazada akan bermula esok 15 Mei 2019 sementara jualan diseluruh Malaysia dijadualkan pada 18 Mei 2019.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY