Realme 3 Pro Rasmi Dilancarkan, Dilengkapi Snapdragon 710

Beberapa kali diacah kehadirannya melalui hasil kamera, model realme 3 pro kini telah rasmi dilancarkan di India.

Membawakan skrin paparan 6.3 inci dengan resolusi Full HD+, spesifkasi dalamannya sudah pasti dinaik taraf sedikit berbanding realme 3.

Versi Pro ini hadir dengan cip Snapdragon 710, dwi kamera belakang 16MP (f/1.7) menggunakan sensor Sony IMX 519, sama seperti apa yang dilengkapkan pada OnePlus 6T dan sebuah lagi lensa adalah 5MP (f/2.4).

Aplikasi kameranya diberikan dengan ciri Chroma Boost, Nightscape, Ultra HD dan lain-lain. Rakaman video pula mampu dibuat pada resolusi 4K pada 30fps. Kamera hadapan pula diletakkan dengan lensa 25MP (f/2.0).



Bagi nyahkunci skrin, sensor imbasan cap jari diletakkan pada panel belakang. Tiga variasi memori ditawarkan iaitu RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/128GB. Ia turut menyokong memori tambahan menerusi kad MikroSD sehingga 256GB dan slot dwi kad SIM.

Menjalankan sistem antaramuka ColorOS 6.0 berasakan Android Pie 9, realme 3 Pro dijana dengan bateri berkapasiti 4045mAh beserta sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 dan pengecas 20W (Mikro USB) disediakan dalam kotak.

Mempunyai tiga pilihan warna, Carbon Grau, Nitro Blue, Lightning Purple, harga jualan bagi pasaran India bermula dari 13,999 rupee (~RM831) sehingga 16,999 rupee (~RM1009).

Sumber: Realme India