Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pizza rekod 1

YouTuber Pegang Rekod Dunia Guinness Pizza Terbesar Yang Baharu

Diterbitkan Januari 29, 2023 · Dikemas kini Januari 29, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang YouTuber bernama Airrack dari Amerika Syarikat telah berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness apabila berjaya menghasilkan pizza terbesar di dunia.

Kejayaan dengan kerjasama Pizza Hut itu berjaya menghasilkan pizza bersaiz 13,990 kaki/segi (~1299.7 meter/segi).

Sekaligus berjaya memecah rekod saiz pizzagergasi  terdahulu iaitu bersaiz 13,580.27 kaki/segi (1,261.65 meter/segi) yang dicipta oleh NIPfood di Rom, Italy dalam tahun 2012 dahulu.

Bagi menghasilkan pizza gergasi ini, doh seberat 13,653 paun (~6192 kg), 4,948 paun (~2244 kg) sos marinara manis dan lebih daripada 8,800 paun (~3991 kg) keju serta kira-kira 630,496 pepperoni biasa telah digunakan sebagai bahan utama pizza tersebut.

Pizza gergasi ini dicipta sebagai meraikan kepulangan ‘The Big New Yorker‘ pizza Hut, dan juga pencapaian Airrack yang mencapai 10 juta pelanggannya di YouTube.

Pizza gergasi itu telah dipasang sepenuhnya, dihiasi dan dibakar dalam kepingan di tapak di Pusat Konvensyen Los Angeles.

Selepas disahkan catatan rekod dunianya, pizza gergasi itu telah dibahagikan dan didermakan kepada badan amal di sekitar Los Angeles.

Berkaitan

  • Taman Tema Air Baharu, Splash Mania Akan Ada Gelongsor Dengan VR
  • Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
  • Kelakuan Monopoli TnG Ke Atas Sistem Pembayaran Tol Tidak Dikira Melanggar Akta - MyCC

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY