Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bondee malaysia

Dituduh Punca Kad Kredit Dikenakan Caj, Bondee Keluar Kenyataan

Diterbitkan Januari 29, 2023 · Dikemas kini Januari 29, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi Bondee mula tular dalam kalangan netizen Malaysia minggu lalu. Nampak seperti permainan, tapi ia sebenarnya aplikasi sosial. Anda boleh ‘berjiran’ dengan pengguna lain di platform itu.

Dituduh Punca Kad Kredit Dikenakan Caj, Bondee Keluar Kenyataan

Salah satu tarikan utamanya ialah grafik 3D comelnya yang selari dengan cita rasa estetik muda-muda sekarang di samping animasinya yang menarik.

Namun, ada pula tuduhan di media sosial berkata kad debit dicaj selepas menggunakan Bondee.

Yo someone on Fb said their debit cards got deducted after playing the Bondee app 😭😭 is it a scam using cute characters as disguise ?

— Ivor is tired (@ivor_xianz) January 27, 2023

Ada yang mendakwa caj ini adalah disebabkan pautan Google Play Store dengan kad debit pengguna.

The Straits Times pula berkongsi pelanggan Singapura turut dikenakan caj sebanyak SGD88.

Dituduh Punca Kad Kredit Dikenakan Caj, Bondee Keluar Kenyataan

Namun, sejak awal pemerhatian, maklumat pengecasan tersebut mendedahkan caj tersebut daripada Facebook dan VNG Games.

Jika caj tersebut datang daripada Bondee, ia tidak akan mencatatkan Facebook atau VNG Games.

Dituduh Punca Kad Kredit Dikenakan Caj, Bondee Keluar Kenyataan

Justeru, syarikat Metadream selaku pembangun Bondee telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan tersebut.

Diringkaskan, syarikat itu berkata Bondee tidak mengumpul maklumat kad kredit mahupun kewangan penggunanya, buat masa ini.

Tuduhan mengatakan maklumat kad kredit pengguna Bondee bocor akibat platform itu tidak benar, menurut kenyataan.

Image

Metadream juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan pada individu yang menyebarkan berita maklumat tidak benar tersebut.

Hantaran di Facebook yang berkongsi tentang dakwaan kad kredit mereka dicaj akibat Bondee juga sudah tidak dapat dicapai.

Untuk makluman, anda perlu mendaftar Bondee dengan nombor telefon anda saat pertama kali menggunakannya.

@wisermy Orang sekarang lepak dalam fon je, korang dah cuba belum? #f #beranda #tiktokguru #wisermy #malaysiatiktok ♬ Flowers – Miley Cyrus

Platform ini juga sebenarnya akan menyertakan ciri sokongan NFT dan mempunyai elemen blockchain.

Beberapa ketika dulu, sebuah aplikasi seperti Bondee sebenarnya telah dibangunkan oleh syarikat China. Aplikasi tersebut bernama Zheli dan dibangunkan oleh True.ly.

Zheli kemudian dikeluarkan daripada gudang aplikasi pada awal 2022 akibat isu privasi data.

Berkaitan

  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Bermula 1 Februari, Astro Tamatkan Beberapa Saluran Ini Termasuk National Geographic
  • Cara Cari Mesej Di WhatsApp Berdasarkan Tarikh Di iPhone
  • Elak Kongsi Maklumat Operasi SJR Di Aplikasi Waze, Boleh Jejas Penguatkuasaan - Polis

Metadream sudah membeli haknya daripada True.ly dan kemudian bangunkannya lagi sehingga menjadi Bondee.

Disebabkan itulah ada pengguna berkata ada persamaan grafik antara Zheli dan Bondee.

Sumber: Bondee, Ivor, NME, The Straits Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY