Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-08-29 160652

Razer Wolverine V3 Pro, ‘Controller’ Untuk Golongan Kompetitif

Diterbitkan Ogos 30, 2024 oleh Rushsyafizal

Razer adalah jenama yang tidak asing lagi dengan permainan video berkualiti tinggi. Namun, alat kawalan (controller) mereka sering tidak memenuhi jangkaan pengguna.

Walau bagaimanapun, Razer Wolverine V3 Pro ada perubahan besar. Alat kawalan baharu ini direka untuk Xbox Series X dan PC, dan ia menyelesaikan banyak isu yang sering dikritik pada gamepad Razer terdahulu.

Screenshot 2024-08-29 160400
Screenshot 2024-08-29 160511
Screenshot 2024-08-29 160623

Razer Wolverine V3 Pro direka khas untuk kelajuan dan ketepatan. Butang belakang pengawal ini diinspirasikan daripada tetikus permainan Razer, ia juga menawarkan tahap responsif yang setanding dengan input papan kekunci dan tetikus.

Bentuk alat kawalan yang diperhalusi ini digabungkan dengan butang belakang yang ditempatkan secara strategik untuk memberikan pengalaman Xbox yang lebih efektif dan memastikan jari anda dapat mencapai kawalan tambahan dengan mudah.

Screenshot 2024-08-29 161336

Teknologi Sensor Hall membantu mencegah “stick drift” dan memastikan kawalan menjadi lebih tepat. Ia juga dilengkapi butang atas tambahan yang direka untuk pemain yang suka menggunakan “claw grip” untuk memberikan lebih banyak pilihan penyesuaian.

Thumbstick yang boleh ditukar membolehkan pengguna menyesuaikan mengikut pilihan mereka sendiri. Tidak dilupakan juga teknologi pencahayaan RGB yang boleh ditukar mengikut kesukaan pengguna.

Screenshot 2024-08-29 160556
Screenshot 2024-08-29 160511
Screenshot 2024-08-29 160432

Dari segi harga, Razer Wolverine V3 Pro dijual pada tanda harga RM1,079.

Berkaitan

  • Samsung Perkenal Projektor UST Premiere 9 Dan Premiere 7
  • Scammer Kini Guna 'Suara' Rakan Untuk Tipu Mangsa
  • Anda Kini Boleh Ubah Tetapan Alat Kawalan Jauh DualSense Edge Dari Komputer
  • Tesla Malaysia Tawar Diskaun Lebih RM30 Ribu Untuk Model Y Prestasi
  • GXBank Dan Zurich Malaysia Melancarkan Insurans Perlindungan Siber Serendah RM1/bulan

Sumber : Razer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY