Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GXBank  Dan Zurich Malaysia

GXBank Dan Zurich Malaysia Melancarkan Insurans Perlindungan Siber Serendah RM1/bulan

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh ariff bukhari

 Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) dan GXBank Berhad (GXBank) mengumumkan pelancaran Cyber Fraud Protect yang ditawarkan dalam aplikasi GXBank dan dikuasakan oleh platform Zurich Edge.

Produk insurans digital ini melindungi rakyat Malaysia daripada kerugian kewangan akibat pemindahan wang secara elektronik tanpa kebenaran oleh penjenayah siber atau mesej penipuan elektronik.

Cyber Fraud Protect menawarkan perlindungan untuk kerugian kewangan akibat pemindahan elektronik tanpa kebenaran dari mana-mana akaun bank tempatan, e-dompet, kad kredit atau debit, dan menyediakan perlindungan penting terhadap ancaman siber yang semakin meningkat ini.

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan Cyber Fraud Protect boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi mudah alih GXBank dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih Pelan Perlindungan: Pilih daripada tiga pilihan perlindungan – Basic (RM1/sebulan), Plus (RM2/sebulan), atau Pro (RM4/sebulan) – secara terus dalam aplikasi mudah alih GXBank, dan klik “Get Protected Now”.  
  2. Masukkan Butiran dan Sahkan: Sahkan alamat e-mel anda untuk memastikan penerimaan semua komunikasi berkaitan polisi yang penting, dan sahkan butiran pelan yang dipilih, termasuk terma perlindungan dan butiran premium.
  3. Luluskan dan Aktifkan: Luluskan transaksi menerusi GXSecure, dan polisi insurans anda akan diaktifkan serta-merta. Butiran perlindungan akan tersedia dalam aplikasi dan sijil insurans akan dihantar melalui e-mel. Premium bulanan kemudiannya akan ditolak secara automatik dari akaun GXBank anda.
01. Signing Up Instructions – Cyber Fraud Protect
02. Upgrading Instructions – Cyber Fraud Protect (1)

Untuk maklumat lanjut mengenai Cyber Fraud Protect, sila layari laman rasmi di sini (https://gxbank.my/cyberfraudprotect) untuk butiran tambahan. 

Sumber: Siaran media Zurich Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • GXBank Dan Zurich Akan Tawar Insurans Digital Untuk Rakyat Malaysia
  • GXBank Perkenalkan GX FlexiCredit, Mohon Pinjaman Kini Lebih Mudah
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY