Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video

Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video

Diterbitkan Jun 12, 2019 · Dikemas kini Jun 12, 2019 oleh ariff bukhari

Badan rasa lemau? Minum Respawn.

Baik, ini bukan prank April Fools. Razer, syarikat pengeluar aksesori komputer berprestasi tinggi telah memperkenalkan produk terbaru mereka yang dinamakan sebagai Respawn.

Tidak seperti produk popular mereka yang lain, Respawn bukanlah aksesori papan kekunci atau model tetikus terbaru Razer. Sebaliknya ia adalah produk air minuman tenaga yang dibuat khusus untuk pemain tegar permainan video.

Menurut Razer, Respawn telah dibangunkan beberapa tahun dengan bantuan maklum balas daripada para pemain permainan video popular serta atlit sukan.

Tidak sepertimana minuman tenaga yang lain, Respawn mengembalikan tenaga yang hilang ketika pemain bermain permainan video tanpa kandungan gula dan taurine yang tinggi dalam minuman ini.

Sebaliknya kandungan utama air tenaga ini adalah terdiri daripada ekstrak teh hijau, choline, vitamin B dan 95mg caffeine bagi meningkatkan fokus, reaksi serta stamina mental peminumnya.

Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video
Razer telah melakukan ujian terhadap komuniti permainan video bagi menguji keberkesanan air minuman tenaga Respawn.

 

Jadi sekiranya anda mahukan kelainan, mencari alternatif kepada air minuman tenaga yang sedia ada, anda bolehlah mencuba minum produk keluaran terbaru Razer ini.

Respawn akan mula dijual bermula bulan Jun ini dengan setiap pek mengandungi sebanyak 20 stik. Terdapat 4 perisa menarik yang boleh dipilih iaitu Pomegranate Watermelon, Blue Raspberry, Tropical Pineapple danGreen Apple.

Setiap pek berharga USD24.99. Botol pembancuhnya pula, RESPAWN Insulated Metal Shaker Cup dijual secara berasingan yang berharga USD29.90.

Untuk info lebih lanjut tentang produk terbaru Razer ini, layari laman rasmi respawnbyRazer.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY