Kini sebagai ciri penyejukan tambahan, Razer telah memperkenalkan aksesori berupa sarung dipanggil sebagai Arctech yang mempunyai keupayaan mengekalkan suhu rendah pada telefonn pintar.
Dibangunkan dengan tiga lapisan, salah satu daripadanya diperbuat daripada Thermaphene, berkebolehan menyalurkan haba keluar daripada peranti.
Lapisan seterusnya adalah mikrofiber yang berfungsi menghindari panel belakang peranti daripada calar serta luaran polycarbonate/thermoplastic bagi melindungi peranti daripada hentakan ketika jatuh.
Razer Arctech ditawarkan untuk iPhone XR, XS, XS Max, ketiga-tiga model terbaru dari Apple iaitu iPhone 11 dan tidak dilupakan juga telefon pintar keluaran mereka sendiri, Razer Phone 2. Ia akan ditawarkan dalam beberapa versi pada harga dari $29.99 (~RM125) sehingga $44.99 (~RM187).
Sumber: Razer
Berkaitan
- Razer Game Store Tamat Operasi Hujung Bulan Ini
- Khabar Angin Menyatakan Mungkin Tiada Pengeluaran Razer Phone 3
- Adakah Razer Phone 3 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?
- Razer Phone 2 Diramal Hadir Hujung Tahun Ini
- Harga Razer Phone Turun Lagi
- Ibu Pejabat Razer Di Malaysia Kini Rasmi, Bakal Kembangkan Razer Pay Dan Arena E-Sukan Tempatan
- Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449
- Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris
- Perbandingan Spesifikasi Antara Razer Phone 2 Dan Razer Phone
- Razer Phone 2 Terlihat Di Antutu, Menggunakan Cip Snapdragon 845