Baru sahaja memasuki usia 10 bulan, syarikat perkomputeran itu telah mengumumkan bahawa Razer Game Store akan ditamatkan operasinya pada 28 Februari, tepat jam 5 petang waktu tempatan.
Ia turut melibatkan Razer Game Store yang ditawarkan di Lazada seperti yang disahkan oleh Razer pada laman Channel NewsAsia.
Berdasarkan FAQ, permainan yang dibeli dari Razer Game Store masih boleh dimainkan selepas penutupan platform itu, selagi mana pengguna masih mempunyai game key Steam dan Uplay yang di e-melkan sekali ketika pembelian dibuat.
Jika anda masih belum mengaktifkan game key Steam atau Uplay, anda disarankan untuk mendapatkannya dari Razer Game Store sebelum 28 Februari ini.
Razer juga menyatakan mereka akan menyelesaikan urusan pembelian permainan yang dibuat secara pra-tempah.
Penutupan Razer Game Store ini dibuat dengan alasan penyusuna semula syarikat.
Pengumuman tersebut menyatakan pengenalan promosi permainan akan dibuat pada sisten kredit maya iaitu Razer Gold.
Sumber: Razer via Channel NewsAsia
Berkaitan
- Project Linda- Ubah Telefon Pintar Razer Menjadi Sebuah Komputer Riba
- Anda Boleh Miliki Realme 5 Dengan Harga RM499 Dari Lazada Pada Promosi 11.11
- Guna Baucar Bank Ini, Lagi Jimat Belanja Di Lazada
- Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store
- GANK.FTY Rangkul Juara Kejohanan "GameReady.gg PUBG Mobile Open”
- Lazada Mungkin Menawarkan Penjualan Kereta
- Epic Game Store Perkenal Ciri Self-Service Refunds, Mudahkan Bayaran Balik Pengguna
- Jualan Vivo S1 Bermula, Boleh Dapatkan Secara Dalam Talian Dari Lazada, Shopee, Go Shop Dan Seng Heng
- Permainan Battle Royal Xiaomi, "Survival Game" Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna
- Razer Phone 2 Diramal Hadir Hujung Tahun Ini