Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Rankaian 4G

Rangkaian 3G Yang Masih Berbaki Akan Ditamatkan Sepenuhnya Bulan Depan

Diterbitkan Februari 25, 2022 · Dikemas kini Februari 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mengikut pelan asal JENDELA, rangkaian 3G akan ditamatkan sepenuhnya 31 Disember 2021 namun malang tidak berbau apabila negara kita mengalami banjir besar dan musim monsun di beberapa lokasi.

Dalam taklimat berkenaan laporan JENDELA bagi suku keempat 2021, Dr. Fadhlullah Suhaimi, Pengerusi SKMM mengumumkan bahawa baki 20% rangkaian 3G yang masih beroperasi akan ditamatkan sepenuhnya di seluruh negara pada 31 Mac 2022.

Beliau berkata sejumlah 440,552 pengguna telah dihubungi dan dimaklumakan berkenaan penamatan 3G dan mereka mahu menunggu sehingga tarikh akhir sebelum beralih ke rangkaian 4G.

Mengulas lanjutnya, Dr. Fadhlullah berkata, “Penutupan rangkaian 3G menerusi JENDELA dilaksanakan kerana jumlah infrastruktur dan tahap spektrum yang diperlukan untuk 4G adalah tinggi.”

Dalam perkembangan lain, syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia telah sepakat mengusulkan pada kerajaan untuk menubuhkan sebuah lagi konsortium yang disertai mereka untuk menyelia 5G di Malaysia selain DNB.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Digi Terpaksa Tunda Tarikh Penamatan 3G
  • Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah
  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY