Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 – Microsoft

Diterbitkan Oktober 16, 2026 · Dikemas kini Oktober 16, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft terus berusaha untuk menjadikan pengalaman menggunakan Windows 11 lebih pantas, lancar dan responsif dalam aktiviti harian.

Menurut Microsoft, Windows 11 kini menawarkan sehingga 20% lebih responsif merentasi beberapa komponen utama termasuk Menu Start, File Explorer, Windows Search, Snipping Tool, Microsoft 365 dan pelayar Microsoft Edge.

Salah satu perubahan terbesar ialah pengurusan memori yang lebih cekap.

 

“Kami telah menambah baik pengurusan memori dan kecekapan merentasi Windows bagi memastikan lebih banyak sumber PC anda tertumpu pada perkara yang sedang anda lakukan.”

Sebagai contoh pada PC dengan memori 8GB atau kurang, Microsoft menyatakan, Windows kini mampu mengekalkan sehingga 2GB lebih banyak data aktif dalam memori, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada storan.

Selain itu, widget hanya akan dimuatkan apabila diperlukan, menjimatkan lebih 200MB memori untuk aplikasi lain.

Penambahbaikan ini direka untuk mengurangkan masa menunggu dan membantu pengguna kekal produktif.

Microsoft turut meningkatkan pengalaman kemas kini Windows dengan kawalan yang lebih fleksibel, kurang gangguan serta masa pemasangan yang lebih pantas.

Sambungan Bluetooth juga dipertingkatkan dengan proses pemasangan dan penyambungan semula yang lebih cepat, termasuk sokongan lebih baik untuk Apple AirPods.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,599
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
©2026 WISER.MY